Diskaun sehingga 20% untuk Hoodie dan Jersi SAMURAI!! Order sini!!
search

TO YOUR ETERNITY - ANIME UNTUK BUAT KORANG FEEL SAMPAI ETERNITY

TO YOUR ETERNITY - ANIME UNTUK BUAT KORANG FEEL SAMPAI ETERNITY

TYE 00.png

Genre : Adventure, Supernatural, Drama, Shounen
Episodes : 6 of 20
Studio : Brain's Base
Season : Spring 2021

Tahun 2017, aku pergi ke panggung wayang untuk menonton sebuah movie anime yang bertajuk A Silent Voice. Aku pasti ramai yang tahu movie ni. Satu movie yang pada pendapat aku lebih baik daripada movie anime Your Name(janganlah marah, ni personal opinion aku). Balik dari panggung wayang, aku mencari karya yang lain yang ditulis oleh Yoshitoki Ooima, mangaka atau original creator A Silent Voice. Dan di sinilah aku mula terjumpa manga Fumetsu no Anata e atau lebih dikenali sebagai To Your Eternity. Aku baca up until the latest chapter pada waktu tu, manga ni best!

4 tahun kemudian, setelah lama aku tak keep up dengan manga die ni, tiba-tiba aku ternampak ada orang post kat fb mengenai episode pertama anime To Your Eternity. Memang aku tak jangka manga ni dah dpt anime. Tak buang masa, aku terus tengok anime ni. Dan fuhhhh!! Menusuk kalbu betul anime ni!!

TYE 02.png

Anime To Your Eternity ni mengisahkan tentang satu entiti berbentuk sfera yang boleh berubah menjadi sesuatu objek atau hidupan apabila ia memenuhi syarat-syarat tertentu. Syaratnya apa, korang kena tonton anime ni. Pada mulanya ia menjadi seketul batu. Kemudian menjadi lumut dan seterusnya menjadi seekor serigala. Lepas tu, ia terjumpa dengan seorang remaja lelaki yang keseorangan di sebuah perkampungan yang tiada penduduk. Bersama-sama dengan remaja ini, mereka memulakan pengembaraan menarik mereka menuju ke sebuah tempat yang mana remaja ini gelar sebagai paradise.
.
.
.
.
.
Ye ke?

Ahhh korang tgoklah anime ni sendiri

-----

TYE 03.png

To Your Eternity ni merupakan satu anime yang aku rasa sangat senang untuk korang start tengok. Episode pertama anime ni sangat kuat. Penceritaan yang mudah faham, ada pembukaan, ada isi, ada klimaks dan ada penutup yang lengkap walaupun baru 1 episode. Sesetengah anime, aku kena tgok 2-4 episode untuk convincekan aku yang anime tersebut menarik untuk aku terus tonton. Tapi To Your Eternity ni dengan hanya menonton 1 episode, aku yakin anime ni mampu jadi calon Anime Of The Year untuk tahun 2021. Gila over aku punya claim, tapi aku yakin anime ni special dan korang memang rugi kalau tak tengok anime ni

-----

Anime ni sangat unik dan original. Di saat sekarang ni penuh dengan anime yang agak generic, isekai disana sini, simping sana sini, ecchi disana sini, To Your Eternity ni memberi sesuatu yang baru dan berbeza untuk aku tonton.

Antara daya tarikan utama untuk anime ni pada pendapat aku ialah pada characternya. Watak remaja lelaki tidak bernama yang sentiasa positif, March yang ceria dan juga Fushi yang sentiasa belajar sesuatu yang baru. Oh ya, entiti sfera yang aku cakap tadi tu diberi nama Fushi bermula episode 3. Plot utama cerita ni adalah berkaitan dengan perkembangan karakter Fushi daripada sebiji batu sehinggalah menjadi seperti seorang manusia sebenar.

TYE 06.png

-----

Sejujurnya aku memang tak ingat apa benda yang aku dah baca 4 tahun lepas dan aku cuba untuk elakkan daripada baca balik manga ni lepas supaya aku boleh buat review purely untuk anime semata-mata tanpa sebarang spoiler dan expectation dari manga

Setakat 6 episode, 2 arc sudah berlalu, aku sangat2 recommend anime To Your Eternity ni untuk korang cuba tengok. Anime ni sesuai untuk tontonan umum. Korang boleh try tgok episode pertama dan nilai dari situ. Arc yang baru akan bermula pada minggu ni, akan memperkenalkan karakter2 yang baru dan aku tak sabar nak tgok apa benda lagi anime ni nak lempar kat muka aku utk aku feel lepas ni

Anime To Your Eternity/Fumetsu no Anata e ini boleh ditonton secara sah di apps bilibili, iqiyi dan youtube Ani-One


Itu saja dari aku kali ni.

Assalamualaikum

TYE 07.png



Older post Newer post

Your cart is currently empty.

Continue shopping