search

ANIME PASAL SCAMMER!

Great Pretender

Genre : Action, Adventure, Mystery, Comedy, Psychological
Episodes : 23
Studio : Wit Studio(AoT, Vinland Saga, Vivy)
Season : Summer 2020
MAL Score : 8.32

Satu episode anime, secara puratanya berdurasi selama 24 minit termasuk dengan lagu opening dan lagu ending.. 24 minit tu xdelah lama sangat dan xde lah sekejap sangat.. Biasanya kalau aku tgok anime yang boring, 24 minit tu terasa lama gila macam tengah attend lecture sejarah(sorry kepada korang yang minat subjek sejarah). Tapi sebaliknya kalau anime tu best GILA, 24 minit tu korang rasa macam berlalu dengan pantas. Sampai xpuas rasanya sebab mcm sekejap sangat.

Dan anime GREAT PRETENDER ni merupakan anime yang aku rasa 24 minit tu berlalu dengan pantas ya amat!!

-----


02.png

Anime Great Pretender ni mengisahkan tentang Edamura Makoto, seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai con artist/scammer terhebat kat jepun. Disebabkan tersalah langkah, Edamura yang asalnya nak scam seorang pelancong asing, tiba2 dia yang kena scam balik dengan pelancong tu. Disebabkan itu, kediaman Edamura kena serbu dengan polis. Masa tengah meloloskan diri, dia terserempak dengan "pelancong" tadi dan terus dia ikut "pelancong" tu sampai ke America.

Dan bermulalah cerita Edamura yang secara tiba2 terlibat dengan satu heist yang melibatkan tokan dadah kat America. Gila kau.. Asalnya nak scam tourist 30ribu yen, tiba2 terus nak scam tokan dadah 5 juta dollar.

-----

Amacam? Menarik tak bunyi die?

Itu baru case pertama. Sepanjang 23 episodes ni ada 4 case yang berbeza.. Setiap case targetnya berbeza, plannya berbeza, creativitynya berbeza tapi cuma ada satu benda ja yang sama, anime Great Pretender ni memang GEMPAK dari awal sampai habis

-----

Topik scam/heist/swindle ni satu topik yang jarang dianime kan.. Ada, bukannya takde tapi jarang. Contoh anime lain yang ada unsur heist ialah Lupin III dan watak phantom thief kid dalam Detective Conan. Kalau korang minat dengan watak Phantom Thief Kid tu, aku sure korang akan suka dengan anime Great Pretender ni

Korang penah tgok/baca Death Note tak? Korang mesti ingat lagi psychological battle antara Kira dan L, berlapis2 strategi diorang pasang. Gagal satu strategi, ada strategi lain cover. Haa, Great Pretender ni pun mcm tu jugak. Berlapis2 strategi diorang. Cuma bezanya, kalau Death Note agak dark, Great Pretender ni anime yang ceria, fun-fun dan lawak. Ada moment2 yang korang mungkin tak jangka, plot twist sana sini yang membuatkan korang boleh enjoy setiap episode tanpa henti

-----

Satu lagi yang menarik pasal anime Great Pretender ni ialah anime ni cantik. Cantik dari segi animation, sceneries, sound track dan voice acting. Seni kat dalam anime ni tahap A++ la senang cerita

Penggunaan colour dalam anime ni sangat berlainan berbanding anime2 lain. Kalau korang tgok 1 episode atau tgok trailer saja pun, korang boleh nampak warna warni yang ditonjolkan kat setiap scene.. Korang boleh tgok gambar2 yang aku share kat bawah ni, warna warni sceneries dia..

03.png

04.png

05.png

06.png

Setting anime ni kebanyakannya bukan di jepun. Diorang buat heist ni merata2. Bermula di America, ke Singapore(ada marina bay dowh dalam anime ni), France, London, China dan akhirnya di Jepun.

Banyak tempat diorang pergi, jadi byk bahasa yang dipakai. Yang menariknya, voice acting untuk bahasa Inggeris, Perancis dan China memang pakai va yang fasih dengan bahasa2 tersebut. Yang best lagi, bahasa english dia siap ada slang france. Satu2nya watak yang pakai Japanglish ialah mc, Edamura sendiri.. Komited jugaklah studio Wit nak pakai va yang betul2 fasih dengan bahasa2 selain jepun.. Tapi jangan risau, 95% anime ni masih dalam bahasa Jepun.. korang tgok je episode 1, korang akan fahamlah

Bonus: lagu ending untuk anime ni ialah lagu Great Pretender dari Freddie Mercury.. Legend kot!!

-----

Sejujurnya anime Great Pretender ni aku tak tgok waktu die tengah airing. By the time aku start tgok anime ni tahun lepas, episodenya semua dah lengkap. Jadi aku tak pasti adakah anime ni ramai orang tgok ataupun ramai yang terlepas pandang, terutamanya untuk anime fans kat Malaysia ni

Tp daripada gayanya mcm xramai yang tgok. So aku tulis review ni adalah untuk mengajak korang yang terlepas pandang anime ni untuk at least try tonton anime ni.. Tgok 1 episode dulu, kalau boleh habiskan case pertama sampai ke episode 5 lg bagus.. Serius tak rugi.. Enjoy gila anime ni

Anime GREAT PRETENDER ni boleh ditonton di Netflix


Itu saja dari aku kali ni.

Assalamualaikum

07 Laurent.png



Older post

Your cart is currently empty.

Continue shopping